Home » Serbuk Kuning Telur
Telur senantiasa dianggap sebagai protein haiwan yang sempurna dan superfood untuk manusia. Fakta yang menariknya, telur yang telah dimasak itu juga bermanfaat untuk kucing, terutamanya kuning telur untuk kucing! Ramai saintis percaya bahawa telur ini sangat berkhasiat untuk haiwan. Itu merupakan berita yang baik sekali sekiranya anda ingin menyuapkan kucing anda telur!





Selain berbincang tentang telur secara keseluruhannya, kami akan lebih fokus kepada kuning telur dan bagaimana kuning telur in bermanfaat untuk kucing anda. Kuning telur dapat memberikan banyak kebaikan nutrisi kepada haiwan terutamanya bebola bulu kucing yang senantiasa menjadi kebimbangan anda terhadap anak bulus. Hal ini juga akan membawa kepada nutrisi lain seperti choline dan lecithin yang terdapat dalam kuning telur.
Choline, salah satu komponen Choline itu ialah acetylcholine. Acetylcholine ini bertindak sebagai neurotransmitter utama untuk sistem saraf automi (yang termasuk dengan saluran GI). Perut dan usus mengandungi lapisan otot yang membolehkan pengecutan organ seperti gelombang, yang dikenali sebagai peristalsis. Proses ini membuatkan makanan boleh melalui saluran penghadaman. The National Digestive Diseases Information Clearinghouse menyatakan bahawa acetylcholine meningkatkan pengecutan yang dapat dilihat pada lapisan otot, sekaligus meningkatkan peristalsis dan menolak makanan dengan cekap melalui saluran penghadaman. Choline (dan komponennya acetylcholine) dapat meningkatkan motilitas GI, yang mendorong kepada rambut melalui dan dapat keluar dari hujung yang betul.
Lecithin, lemak adalah penyebab kepada bulu dan rambut terikat dalam perut, penyebab kepada melekit dan selalunya berbau busuk. Itulah bebola bulu kucing. Lecithin ialah pengemulsi lemak: Lecithin ini mengemulsikan lemak yang mengikat bebola bulu kucing, membuatkan perut kucing melepasi rambut yang tertelan. Pemakanan yang sesuai, kerap memberus gigi dan menambahkan kuning telur ke dalam diet kucing anda merupakan cara semula jadi yang bagus untuk membantu dalam mengelakkan masalah bebola bulu kucing yang membimbangkan anda.
Telur adalah nutrisi powerhouse dan dinyatakan sebagai salah satu makan paling berkhasiat dalam planet kami. Kuning telur ini menawarkan hampir setiap vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh haiwan peliharaan kita. Kuning telur boleh dikatakan sebagai pelengkap makanan super yang sempurna untuk setiap diet. Tiada sumber choline lain yang lebih kaya berbanding dengan kuning telur dengan 820mg choline setiap 100 gram. Anda tidak akan dapat bersaing dengan kuning telur dan tidak akan dapat sebanyak khasiat tersebut walaupun daripada buah pinggan lembu.
Telur kuning juga merupakan salah satu sumber biotin semula jadi yang terkaya. Biotin menyokong metabolisme asid lemak, asid amino dan glukosa sihat. Kuning telur (Biotin) memainkan peranan penting untuk fungsi tiroid, adrenal dan sistem kardiovaskular yang sihat. Selain itu, kuning telur (Biotin) juga memberi lindungan kepada fungsi-fungsi otak dan berlawan dengan kemerosotan kognitif. Tambahan pula, kuning telur ini juga diketahui ramai dengan peranannya yang menyumbang kepada kesihatan dan kecantikan kulit, rambut dan kuku. Hal ini akan membuatkan bulu anak bulus anda lebih sihat, lembut, cantik dan dapat mengelakkan kuku kering dan jangkitan kulat.
Serbuk kuning telur untuk kucing adalah salah satu diet tambahan semulajadi yang dibekalkan oleh House of Paws kepada semua cat lovers di Malaysia. Serbuk kucing telur kami telah melalui 11 langkah proses sebelum dibungkus dalam bungkusan pengedap vakum dan dihantar kepada pelanggan kami.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo
We love cats and dogs. We groom them perfectly with quality service & supply what they need and what they like.
Follow Us :
Contact Info :
Opening Hours :